To think creatively, we must be able to look afresh at what we normally take for granted. – George Kneller

Isnin, November 12, 2012

SERANGAN SIBER ADA SOLUSI

Lebih satu pertiga daripada Perusahaan Kecil Sederhana (PKS) Malaysia dilaporkan mengalami masalah serangan siber. Baru-baru ini, telah dilancarkan Symantec Endpoint Protection Small Business Edition 2013 bagi  membantu PKS menangani dan melindungi perniagaan mereka daripada virus siber dan malware.

Menurut Avinash Lotke, Pengarah Jualan Strategik Symantec Corp (Asia Pasific dan Jepun), PKS di Malaysia merupakan kunci penting dalam rantaian penawaran dunia perniagaan kerana mereka mengendali dan memproses pelbagai maklumat penting pelanggan.  

“Walaupun PKS di Malaysia melaporkan serangan siber dan kehilangan data sebagai risiko utama perniagaan mereka, namun pada masa yang sama, mereka juga perlu berdepan dengan cabaran  mengekalkan operasi syarikat secara maya kerana sistem belian, jualan dan sistem keselamatan adalah lebih rumit.  

Justeru, Symantec Endpoint Protection Small Business Edition 2013 menawarkan PKS pilihan perkhidmatan cloud di dalam satu produk. Produk ini membolehkan PKS melindungi maklumat yang ada secara pantas dengan meringkaskan persekitaran perniagaan yang kompleks tanpa kos tambahan.  

Tiada ulasan:

Catat Ulasan