To think creatively, we must be able to look afresh at what we normally take for granted. – George Kneller

Isnin, Oktober 29, 2012

ANGKASAWAN NASA TIBA DI MALAYSIA

disusun oleh: Nurman Zain

Pagi ini, Dr Daniel T. Barry, angkasawan NASA tiba di Kuala Lumpur bagi menyemai minat akan bidang sains dan berkongsi pengalamannya bersama generasi muda di Malaysia. Beliau dijadualkan akan memberi ceramah kepada seramai 500 hingga 700 peserta di Universiti tenaga Nasional (UNITEN) dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
 
Menurut Mohd Yusoff Sulaiman, Ketua Pegawai Eksekutif Malaysian Industry Government Group for High Technology (MIGHT), Dr Barry dijangka akan berada di Malaysia sehingga 3 November 2012 bersempena mesyuarat The Global Science and Innovation Advisory Council (GSIAC) yang akan dipengerusikan oleh Perdana Menteri Malaysia pada 1 November 2012 di Parlimen.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan