Gedung pertama untuk memperkenalkan konsep ruang sewaan runcit tanpa strata di dalam sebuah pusat beli-belah. Gedung beli-belah pertama di Sabah untuk diuruskan secara profesional. Gedung beli-belah bertaraf dunia pertama di Sabah yang membawakan jenama fesyen tempatan dan antarabangsa utama dan pilihan menjamu selera dan hiburan menarik, semuanya di satu lokasi. Imago dimajukan oleh Syarikat Kapasi Sdn Bhd, anak syarikat Asian Pac Holdings Bhd, sebagai sebahagian daripada KK Times Square. Dengan lokasi strategik di Daerah Perniagaan Pusat (CBD) Kota Kinabalu, gedung beli-belah ini terletak hanya lima minit perjalanan dengan kereta dari resort Sutera Harbour yang terkenal, dan hanya 10 minit dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu dan Shangri-La Tanjung Aru yang popular.
Gedung ini akan memenuhi keperluan seramai 400,000 penduduk yang tinggal dalam
![]() |
| Tetamu sedang melihat ilustrasi Imago Mall |
Satu lagi kelebihan gedung ini ialah ia mudah dikunjungi, sama ada dari Jalan Coastal yang sedia ada, atau melalui jambatan enam lorong merentasi Sungai Sembulan, yang akan menghubungkan pusat bandar dengan Imago. Pembinaan jambatan ini dijangka siap menjelang Jun 2013, iaitu sebelum pembukaan Imago pada 2014.
Semasa mengalu-alukan kedatangan para peruncit jemputan, Pengerusi Asian Pac Tan Sri Dato’ Seri Hj Megat Najmuddin bin Datuk Seri Dr Hj Megat Khas berkata pihaknya amat teruja kerana berpeluang membangunkan gedung ini, sambil menambah bahawa ini merupakan sebahagian daripada pembangunan bercampur KK Times Square yang turut dimajukan oleh Syarikat Kapasi. KK Times Square terdiri daripada pangsapuri perkhidmatan, kedai luar dan ruang pejabat, di samping Imago.
Fasa I KK Times Square, merangkumi 12 blok unit pejabat lima hingga lapan tingkat yang dikenali sebagai Signature Office, telah siap dibina pada 2007. Fasa II, yang meliputi Imago dan pangsapuri perkhidmatan (The Loft), kini sedang dibina dan dijangka siap menjelang 2013.
“Ekonomi tempatan di Sabah sedang berkembang pesat. Perolehan jualan di kebanyakan gedung adalah sangat positif. Manfaatnya turut dinikmati oleh pasaran hartanah. Sejak Signature Office dilancarkan, pemiliknya telah menikmati pulangan atas pelaburan antara 45% dan 60% setakat ini. Pada hakikatnya ekonomi semakin berkembang, orang ramai kini mempunyai pendapatan boleh guna yang lebih tinggi dan mahukan produk bermutu tinggi, dan inilah yang ingin kami tawarkan,” katanya.


Tiada ulasan:
Catat Ulasan