To think creatively, we must be able to look afresh at what we normally take for granted. – George Kneller

Rabu, Oktober 24, 2012

BINA PANCAINDERA BERNIAGA

oleh: Nurman Zain

Menceburi bidang perniagaan bermakna anda merelakan diri anda untuk terjun ke dunia keusahawanan dan perniagaan yang serba mencabar. Di dunia ini, cabaran adalah asam garam dan rencah. Adakala perniagaan membuahkan hasil lumayan yang membuatkan anda tersenyum lebar. Ada masanya, situasi kewangan perniagaan membuatkan anda duka nestapa. Ini adalah norma orang berniaga. Namun, kita mempunyai pilihan menjalani kehidupan berniaga secara tenang.


Menjalani hidup sebagai usahawan, kita perlu bijak. Adalah mustahil pada seseorang yang baru berniaga untuk memperolehi business sense atau pancaindera berniaga sekelip mata. Malah, tidak semua usahawan sedia ada mempunyai pancaindera ini. Walaupun begitu, ini bukan bermakna pancaindera ini tidak boleh dipelajari dari awal. Rahsianya, carilah mentor.

Carilah mentor yang pakar dalam industri anda masing-masing. Kriteria yang anda perlu lihat pada seorang mentor ialah:
  • Mereka memberi inspirasi kepada anda untuk terus memikir dan membuat yang terbaik untuk syarikat anda
  • Mereka walk the walk, talk the talk
  • Kejayaan mereka sudah terbukti dan diakui ramai 
  • Mereka turut memikirkan legasi perniagaan 
  • Mereka mempunyai matlamat untuk kehidupan dan kerjaya
  • Mereka juga terbaik dalam keluarga dan komuniti

Tiada ulasan:

Catat Ulasan