Baru-baru ini, Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) dengan kerjasama Multimedia Development Corporation (MDeC) telah menganjurkan Misi Pemasaran Khusus (SMM) ke Manila, Filipina. Objektif utama adalah untuk meninjau potensi peluang kolaborasi antara di antara dua negara di dalam industri Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT).
Ini merupakan susulan dari misi yang dianjurkan tahun lepas. Kali ini, 22 syarikat ICT Malaysia
berjaya mencatatkan jualan berjumlah RM121.73 juta.
Menurut Matrade, nilai jualan ini adalah hasil daripada 147 mesyuarat perniagaan yang diadakan sepanjang tiga hari misi ini berlangsung. Antara peluang perniagaan yang dikenalpasti termasuklah Pusat Data, Pemulihan Bencana,
Sistem Pengurusan Penjagaan Kesihatan, Penyelesiaan Pengubahan Wang
Haram dan Sistem Pentadbiran mewah untuk syarikat besar.
Minat yang meluas dikalangan syarikat-syarikat di Filipina sepanjang misi itu turut menggambarkan permintaan yang tinggi untuk produk, perisian dan perkhidmatan ICT daripada Malaysia. Peserta Malaysia menyatakan minat dalam mengadakan
kerjaama perniagaan dan perkongsian dengan rakan dari Filipina untuk
kekal kompetitif di rantau ini dan meraih faedah daripada Komuniti
Ekonomi ASEAN apabila ia berkuat kuasa pada 2015 kelak.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan