Allianz Malaysia baru-baru ini telah melancarkan Akademi Allianz sebagai sebahagian daripada inisiatif untuk mewujudkan budaya pembelajaran dan pembangunan untuk semua pekerja syarikat. Menurut Wong Woon Man, Ketua Bahagian Sumber Manusia, Allianz Malaysia Berhad orang ramai adalah pendorong kerana pacuan dan pembentukan perniagaan.
"Kami mahu memiliki orang-orang yang terbaik untuk perniagaan kami pada hari ini dan seterusnya. Oleh itu, kami menggalakkan semua kakitangan kami untuk belajar dan membangunkan kemahiran dan keupayaan
mereka secara berterusan," katanya.
Sebagai tambahan, Akademi juga menawarkan aktiviti pembelajaran lain yang bertujuan untuk menggalakkan pembelajaran yang menyeronokkan didalam persekitaran yang santai. Ini termasuk “Brown Bag Lunch” dan siri “Learning from Movies.” Sesi “Brown Bag Lunch” telah menerima sambutan hangat sejak ia mula diperkenalkan pada 18 Julai 2012. Ini adalah satu sesi belajar dan makan tengahari yang bertujuan untuk memberikan pandangan dan pembelajaran mengenai topik-topik penting yang mempengaruhi prestasi seseorang dan sumbangan kepada kerja atau individu tersebut. Antara topik yang dibincangkan setakat ini "Mencapai Keseimbangan Kerja dan Kehidupan", "Kecerdasan Emosi” dan "Melabur Secara Betul”. Sesi ini dijalankan oleh jurulatih profesional dan juga oleh kakitangan pengurusan.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan