oleh: Azlina Mahmod
Menembusi pasaran global pastikan jenama anda kehadapan. Para usahawan digalakkan meluaskan jaringan perniagaan secara bijak.
Apatah lagi dengan adanya teknologi, usaha meramaikan jaringan hanya
dihujung jari. Penggunaan sosial media seperti facebook, twitter, blog
dan sebagainya perlu diguna sepenuhnya.
Jangan lihat ia semata-mata
sebagai 'laman borak'. Ini adalah peluang bagi para usahawan untuk
memperkenal dan seterusnya menjenamakan produk secara efektif tanpa
mengeluarkan kos yang tinggi. Malah,
melalui penggunaan sosial media secara efektif anda mampu menjenamakan
produk anda setanding dengan produk-produk antarabangsa. Ini juga antara
cara untuk anda menembusi pasaran global.
Bagi
menembusi pasaran global, kualiti dan kosmetik
produk perlu diberi perhatian. Ini termasuklah memastikan kualiti produk
memenuhi piawaian tempatan dan juga antarabangsa melalui persijilan
berkaitan seperti persijilan halal dan lesen Kementerian Kesihatan.
Dapatkan maklumat dari MATRADE atau layari laman sesawang mereka di http://www.matrade.gov.my/
