To think creatively, we must be able to look afresh at what we normally take for granted. – George Kneller

Khamis, Oktober 18, 2012

SEMINAR SANTAI BERI PENJELASAN BAJET 2013

oleh: Mimi Salleh

Rentetan dari pembentang Bajet 2013 oleh Perdana Malaysia pada 28 September yang lalu, semalam, Salihin Consuting Group mengambil inisiatif menganjurkan Seminar Santai Bajet 2013. Seminar satu hari yang di adakan di Dewan Perdana Felda telah dihadiri seramai 200 peserta dari kalangan syarikat perundangan, auditor, syarikat percukaian dan orang awam.

Para panel yang membentangkan kertas kerja terdiri daripada pakar dalam bidang berkaitan. Mereka ialah Prof. Mansor Ibrahim dari International Center of Education in Islamic Finance (INCEIF), Tuan Haji Abd. Aziz Abu Bakar, Presiden Persatuan Akauntan Percukaian Malaysia (MATA), Subromaniam A/L Tholasy, Pengarah Bahagian Siasatan, Jabatan Kastam Diraja Malaysia (RMCD), Tuan Haji Adzhar Sulaiman, Pengarah Akademi Percukaian Malaysia, Salihin Abang, Pengarah Urusan Salihin Consulting Consulting dan Ahmad Aljafree Razali, Partner Salihin Consulting Consulting.

Walaupun seminar diadakan dalam suasana santai namun topik yang dibentangkan merupakan isu-isu penting dalam memahami Bajet 2013. Antara topik yang dibentangkan ialah 2013, Budget Highlights, World & COuntry Economic Outlook, Goods and Services Tax (GST)-Are you ready? dan Criminal Tax Investigation (CTI).

Tiada ulasan:

Catat Ulasan