oleh: Shahida Shukor
Menjadi pakar dalam industri mengambil masa bertahun-tahun. Jika indutri otomatif, kejuruteraan atau perubatan, pastinya perlu mempelajari ilmu teknikal terlebih dahulu. Itu belum termasuk ilmu keusahawanan yang hanya boleh diperolehi hanya selepas berniaga bebeberapa tahun sebelum boleh diiktiraf sebagai pakar industri. Justeru, proses menjadi pakar industri, bermula dari hari pertama seseorang itu beriltizam untuk menjadi seorang usahawan.
Menurut Dr. Azizan Osman, menggunakan formula M.E.S.T.I. seorang usahawan berupaya menjadi pakar dalam industri dalam masa yang teraancang dan risiko yang boleh diminimumkan. Akronim M.E.S.T.I. membawa maksud mentor, elmu, sistem, tindakan dan impian. gabungan lima elemen ini adalah asas yang bakal meletakkan seseorang usahawan di landasan yang betul dalam industri masing-masing.
Malah, bagi memastikan seseorang itu menjadi pakar dalam industrinya, mereka hendaklah mempunyai matlamat yang jelas dan matlamat tersebut hendaklah dijadikan penunjuk arah dalam setiap keputusan yang akan dibuat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan