To think creatively, we must be able to look afresh at what we normally take for granted. – George Kneller

Jumaat, November 02, 2012

PAMERAN ICT DUBAI: SYARIKAT MALAYSIA CAPAI JUALAN RM86.6 JUTA


10 syarikat teknologi, maklumat dan komunikasi (ICT) Malaysia telah dibawa oleh Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) ke Pameran GITEX 2012 dari 14 hingga 18 Oktober yang lalu. 

GITEX 2012 adalah pameran perdagangan ICT terbesar di Timur Tengah. Pameran yang diadakan di Pusat Konvensyen dan Pameran Antarabangsa Dubai dan telah dianjurkan oleh Pusat Dagangan Dunia Dubai. 
Pameran lima hari itu telah membolehkan syarikat ICT Malaysia untuk menerokai peluang yang luas dalam bidang ICT di Timur Tengah. Berdasarkan maklumbalas dari syarikat-syarikat ini, sebanyak RM86.6 juta jualan telah berjaya diraih dimana RM17.6 juta daripadanya merupakan perjanjian jualan yang dimenterai ketika pameran itu berlangsung. 

Antara bidang ICT yang menjana jualan termasuklah daripada kalangan penyedia perkhidmatan keselamatan dan aplikasi perusahaan, pengurusan hotel dan rumusan tempahan dalam talian kepada pembeli dari Emiriah Arab Bersatu (UEA), Iran, Qatar dan Oman.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan