Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) menggalakkan pengeksport Malaysia untuk meninjau peluang perniagaan yang ada di kepulauan Trinidad dan Tobago.
Buat masa ini, Malaysia merupakan pengeskport ketiga terbesar bagi kepulauan Karibean itu selepas Haiti dan Puerto Rico. Eksport Malaysia ke Trinidad dan Tobago bernilai RM53.4 juta bagi lapan bulan pertama tahun 2012 yang melibatkan eksport minyak kelapa sawit, makanan sedia dimakan, produk kayu, produk elektrik dan elektronik serta peralatan logam dan plastik.
Kepulauan Trinidad and Tobago adalahnegara y ang sedang membangun. Projek pembangunan infrastruktur di negara itu termasuklah membesarkan lapangan terbang antarabangsa, pembinaan lebuhraya baru, monorail di pusat bandar, taman perindustrian yang canggih dan beberapa peningkatan prasarana yang lain. Adalah dicadangkan untuk syarikat Malaysia untuk meninjau peluang perniagaan dan rakan kongsi di sana.
sumber: MATRADE

Tiada ulasan:
Catat Ulasan