To think creatively, we must be able to look afresh at what we normally take for granted. – George Kneller

Khamis, November 08, 2012

SYARIKAT MINYAK DAN GAS TEROKAI PELUANG DI TIMUR KALIMANTAN, INDONESIA

Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) akan membawa sembilan syarikat minyak dan gas Malaysian ke Pameran Minyak dan Gas Indonesia  (IGEX) 2012.

Pameran akan diadakan pada 7 hingga 9 November di Arena Sukan Antarabangsa Balikpapan (DOME), Balikpapan, Indonesia.

Syarikat Malaysian yang ke sana menawarkan pelbagai kepakaran untuk produk dan perkhidmatan dalam industri minyak dan gas ini. Sempena berlangsungnya pameran itu, MATRADE telah mengatur pertemuan satu dengan satu antara potensi peniaga di sana dengan syarikat Malaysia. Malah, mereka berpeluang untuk menjalinkan rangkaian dengan anggota dewan-dewan perniagaan Indonesia yang berminat dengan industri minyak dan gas.  

Pada tahun 2011, Indonesia merupakan rakan perdagangan Malaysia yang ke-6 terbesar.  MATRADE menjangka IGEX 2012 akan menjadi satu lagi batu loncatan untuk memberi pendedahan pada industri minyak dan gas kepada komuniti industri ini di Indonesia khususnya di Balikpapan.

sumber: MATRADE

Tiada ulasan:

Catat Ulasan