Baru-baru ini telah berlangsung perasmian kilang Nestle di Taman Perindustrian Chembong, Negeri Sembilan. Majlis telah dirasmikan oleh Duli
Yang Maha Mulia Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir dan disaksikan oleh Duli Yang Maha Mulia Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Aishah Rohani Binti Almarhum Tengku Besar Mahmud.
![]() |
| DYMM Tuanku Mukhriz merasmikan kilang Nestle di Chembong |
Turut hadir di majlis tersebut adalah Yang Teramat Mulia Dato' Lela Maharaja Dato' Muhamad Sharip bin Haji Othman, Undang Luak Rembau, Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Utama Haji Mohamad Bin Haji Hasan, Menteri Besar Negeri Sembilan,, Y.B. Dato’ Sri Mustapha bin Mohamed, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri , Yang Amat Mulia Tan Sri Dato' Seri Syed Anwar Jamalullail, Pengerusi Nestlé Malaysia Wen-Wen Paquette Wang, Pengarah Serantau Cereal Partners Worldwide Asia (CPW), dan Peter R. Vogt, Pengarah Urusan Nestlé Malaysia..
Kilang bernilai RM124 juta merupakan kilang CPW yang ketiga dan terbesar di di Asia. CPW merupakan usahasama di antara Nestlé S.A. dan General Mills Inc. Kilang ini mempunyai kapasiti untuk
mengeluarkan bijirin sarapan Nestlé bagi memenuhi permintaan bijirin
sarapan pasaran tempatan dan luar negara seperti Singapura,
Indonesia, Thailand, Hong Kong, Taiwan, Pakistan, Bangladesh dan
Vietnam. Menariknya, kilang ini juga mendapatkan 70 peratus daripada bahan
mentahnya dari dalam Malaysia. Kilang ini mengeluarkan lima bijirin sarapan Nestlé yang terlaris di pasaran iaitu bijirin sarapan Koko Krunch, Honey Stars, Cookie Crisp, Koko Krunch Duo dan MILO.
Menurut Peter R. Vogt, Pengarah Urusan Nestlé Malaysia, kilang di Chembong ini akan memberi dimensi baru kepada hubungan
Nestlé dengan pengguna tempatan.
"Kini, rakyat Malaysia boleh menikmati
rasa enak bijirin sarapan kegemaran mereka yang dikilangkan segar di
Chembong. Kami sangat berbesar hati dengan usahasama ini,” kata di
majlis perasmian tersebut.
Para
tetamu majlis termasuklah dif-dif kehormat seterusnya dibawa melawat sekitar kawasan kilang di
samping turut berpeluang menyaksikan proses pembuatan bijirin sarapan
secara lebih dekat.
![]() |
| Lawatan diraja ke kilang Nestle |




Tiada ulasan:
Catat Ulasan