To think creatively, we must be able to look afresh at what we normally take for granted. – George Kneller

Isnin, Disember 10, 2012

KUMPULAN TWM BAYAR LEBIH RM4 JUTA ZAKAT PERNIAGAAN


Baru-baru ini telah berlangsung majlis penyerahan bayaran zakat perniagaan tahun 2011 secara berpusat oleh Kumpulan TWM yang terdiri daripada Tradewinds (M) Berhad, Tradewinds Plantation Berhad (TPB) dan Padiberas Nasional Berhad (BERNAS). 
Penyerahan ini merupakan pengagihan bayaran zakat perniagaan Kumpulan TWM bagi tahun 2011 kepada  Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP).  Pada tahun ini, Kumpulan TWM telah membayar secara keseluruhan sebanyak RM4,227,567. 

Menurut YBhg Dato’ Wira Syed  Abdul Jabbar Syed Hassan, Pengerusi Tradewinds (M) Berhad apabila Allah S.W.T telah menetapkan sesuatu perkara itu sebagai rukun, ianya mesti mempunyai hikmah yang amat tinggi nilainya kepada umat Islam.Tambah beliau lagi, Kumpulan TWM menyokong kerjasama sektor korporat dalam menjayakan agenda pembangunan sosial masyarakat Islam di Malaysia, kerana di Malaysia sendiri, masih ramai bilangan rakyat yang memerlukan bantuan. Majlis penyerahan disempurnakan bersama oleh  YB Dato’ Seri Jamil Khir Baharom, Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan pegawai-pegawai Kanan Kementerian.

Bagi tahun perniagaan 2011, Tradewinds (M) Berhad membayar sejumlah RM3,320,000.00, Tradewinds Plantation Berhad sebanyak RM835,580.00, manakala Padiberas Nasional Berhad pula sebanyak RM71,987.00 yang dibayar kepada MAIWP.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan