Hak Eksklusif
Di bawah undang-undang harta intelek, pemegang salah satu dari harta-harta yang bersifat abstrak ini mempunyai hak-hak eksklusif tertentu untuk harta intelek yang mereka cipta. Hak eksklusif bermaksud hak untuk memiliki dan hak untuk mengeksploitasi sesuatu harta intelek tanpa sebarang ancaman daripada pihak lain. Ancaman termasuklah ancaman cetak rompak, barangan tiruan, penyalahgunaan, penggunaan tanpa kebenaran dan sebagainya. Pentadbir harta intelek di Malaysia dikendalikan oleh Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO). Ia merupakan sebuah agensi di bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) yang bertangungjawab menjalankan proses pendaftaran dan pengeluaran sijil bagi Cap Dagangan, Reka Bentuk Industri, Paten, Petunjuk Geografi dan Reka Bentuk Litar Bersepadu.
Harta Intelek di bawah cabang Hak Cipta tidak memerlukan sebarang pendaftaran kerana perlindungan hasil karya di bawah Hak Cipta adalah diiktiraf secara automatik oleh undang undang tertakluk kepada beberapa syarat tertentu. MyIPO juga telah memberikan lesen kepada ejen-ejen yang bertauliah untuk menguruskan hal permohonan dan pendaftaran pihak pemunya harta intelek. Tugas ejen-ejen ini adalah memberi khidmat nasihat daripada segi teknikal dan prosedur perundangan berkenaan pendaftaran dan perlindungan harta intelek.
Peranan Harta Intelek
Di Malaysia, kesedaran harta intelek masih di peringkat rendah. Walaupun terdapat banyak usaha yang dijalankan oleh agensi-agensi terbabit, namun impaknya kurang mendapat kesan yang menyeluruh. Dari perspektif perniagaan, peranan harta intelek adalah sangat besar. Usahawan yang cepat dan bijak adalah mereka yang mampu mencipta atau menginovasikan sesuatu dan mengaplikasikan harta intelek karya minda tersebut dengan segera sebelum ia jatuh ke tangan orang lain.
- Pengurusan risiko
- Mengurangkan kekeliruan
Dengan mendaftarkan harta intelek, syarikat juga boleh mengurangkan isu kekeliruan kepada pelanggan. Anda boleh memberitahu kepada pelanggan bahawa produk tersebut adalah produk syarikat anda. Proses ini sebenarnya adalah untuk menempatkan label produk anda di pasaran agar mudah dikenali oleh pelanggan. Aktiviti peniruan, penyalinan dan pemalsuan yang seterusnya akan menyebabkan kekeliruan kepada pelanggan. Tetapi, sebagai usahawan, anda seharusnya bijak untuk menangani perkara sebegini. Anda boleh melindungi diri anda daripada menjadi salah seorang mangsa dengan menitikberatkan kepentingan harta intelek anda. Sekiranya anda telah menjadi mangsa, selepas anda mendaftarkan harta intelek anda, maka anda boleh membuat tuntutan pampasan, injunksi terhadap pihak yang bertentangan melalui saluran-saluran yang sah.
- Mengembangkan Sumber Kewangan
Ternyata, harta intelek adalah pemacu kepada sesebuah perniagaan. Usahawan yang bijak adalah usahawan yang menghargai hasil minda mereka dan menjaganya dari sebarang ancaman pihak ketiga.
.....................................................................................................................
Nur Nazuha binti Zohor Ali, Pengarah Urusan Syarikat IP Xpert Sdn Bhd. Lulusan Sarjana Muda UIAM, Sarjana Harta Intelek UKM dan sedang membuar persiapan untuk PHD. Bekas Pegawai Undang-Undang di Jabatan Kehakiman Negara.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan