To think creatively, we must be able to look afresh at what we normally take for granted. – George Kneller

Isnin, Disember 10, 2012

PAKEJ ISTIMEWA 2013 KOMUNITI USAHAWAN SUKSES

Tahukah anda, majalah USAHAWAN SUKSES mempunyai komuniti usahawannya sendiri?

Komuniti Usahawan Sukses atau ringkasnya Komuniti US bermula pada tahun 2010 melalui aktiviti Speednetworking seterusnya aktiviti Network@Tuan Rumah. Matlamat utama adalah untuk membantu usahawan meluaskan jaringan mereka melangkaui industri mereka sendiri.

KUMPULAN TWM BAYAR LEBIH RM4 JUTA ZAKAT PERNIAGAAN


Baru-baru ini telah berlangsung majlis penyerahan bayaran zakat perniagaan tahun 2011 secara berpusat oleh Kumpulan TWM yang terdiri daripada Tradewinds (M) Berhad, Tradewinds Plantation Berhad (TPB) dan Padiberas Nasional Berhad (BERNAS). 

Khamis, Disember 06, 2012

KILANG NESTLE DI CHEMBONG TERBESAR DI ASIA


Baru-baru ini telah berlangsung perasmian kilang Nestle di Taman Perindustrian Chembong, Negeri Sembilan. Majlis telah dirasmikan oleh Duli Yang Maha Mulia Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir dan disaksikan oleh Duli Yang Maha Mulia Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Aishah Rohani Binti Almarhum Tengku Besar Mahmud.  

Rabu, November 14, 2012

5 TIP CEGAH MUFLIS

oleh: Nurman Zain

Masalah kewangan bukanlah isu terasing dalam sesebuah perniagaan. Semua syarikat pernah mengalaminya. Cuma yang membezakan mungkin pada nilai keperluan wang dan tahap keseriusan masalah itu.

Isnin, November 12, 2012

SERANGAN SIBER ADA SOLUSI

Lebih satu pertiga daripada Perusahaan Kecil Sederhana (PKS) Malaysia dilaporkan mengalami masalah serangan siber. Baru-baru ini, telah dilancarkan Symantec Endpoint Protection Small Business Edition 2013 bagi  membantu PKS menangani dan melindungi perniagaan mereka daripada virus siber dan malware.

Jumaat, November 09, 2012

10 PERKARA USAHAWAN SUKSES AMALKAN

oleh: Nurman Zain

Pengerusi AcelorMittal
Teruja berjumpa dengan potensi pelanggan, pembekal dan rakan usahawan, kadang-kala menyebabkan usahawan yang baru bermula tersasar dari visi dan misi asal berniaga. Berikut adalah beberapa perkara yang diamalkan oleh usahawan-usahawan berjaya untuk terus kekal sukses.

Khamis, November 08, 2012

SYARIKAT MINYAK DAN GAS TEROKAI PELUANG DI TIMUR KALIMANTAN, INDONESIA

Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) akan membawa sembilan syarikat minyak dan gas Malaysian ke Pameran Minyak dan Gas Indonesia  (IGEX) 2012.

Jumaat, November 02, 2012

PELUANG PERNIAGAAN DI TRINIDAD DAN TOBAGO

Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) menggalakkan pengeksport Malaysia untuk meninjau peluang perniagaan yang ada di kepulauan Trinidad dan Tobago. 

PAMERAN ICT DUBAI: SYARIKAT MALAYSIA CAPAI JUALAN RM86.6 JUTA


10 syarikat teknologi, maklumat dan komunikasi (ICT) Malaysia telah dibawa oleh Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) ke Pameran GITEX 2012 dari 14 hingga 18 Oktober yang lalu. 

GITEX 2012 adalah pameran perdagangan ICT terbesar di Timur Tengah. Pameran yang diadakan di Pusat Konvensyen dan Pameran Antarabangsa Dubai dan telah dianjurkan oleh Pusat Dagangan Dunia Dubai. 

Isnin, Oktober 29, 2012

SKIM CEPAT KAYA

sumber: wikipedia

Skim cepat kaya merupakan satu skim di mana sejumlah wang dideposit atau dilaburkan kepada penganjur dengan janji dan syarat bahawa wang tersebut akan dipulangkan kembali dengan faedah atau keuntungan yang jauh lebih tinggi daripada apa yang ditawarkan oleh institusi-institusi kewangan berlesen.

ANGKASAWAN NASA TIBA DI MALAYSIA

disusun oleh: Nurman Zain

Pagi ini, Dr Daniel T. Barry, angkasawan NASA tiba di Kuala Lumpur bagi menyemai minat akan bidang sains dan berkongsi pengalamannya bersama generasi muda di Malaysia. Beliau dijadualkan akan memberi ceramah kepada seramai 500 hingga 700 peserta di Universiti tenaga Nasional (UNITEN) dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Rabu, Oktober 24, 2012

USAHAWAN PERLU BERSANGKA BAIK TERHADAP ETP

oleh: Mimi Salleh

Apabila wawasan 2020 diperkenalkan  kepada rakyat Malaysia ketika pembentangan Rancangan Malaysia ke-6 oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad, Perdana Malaysia ketika itu, meletakkan sembilan matlamat utama yang ingin dicapai. Secara ringkasnya, matlamat-matlamat tersebut bertujuan untuk meningkatkan Malaysia menjadi sebuah negara perindustrian dan negara maju sepenuhnya menjelang tahun 2020. Ketika itu, ramai yang skeptikal.

AKADEMI ALLIANZ UNTUK PEMBANGUNAN MODAL INSAN SYARIKAT

Allianz Malaysia baru-baru ini telah melancarkan Akademi Allianz sebagai sebahagian daripada inisiatif untuk mewujudkan budaya pembelajaran dan pembangunan untuk semua pekerja syarikat. Menurut Wong Woon Man, Ketua Bahagian Sumber Manusia, Allianz Malaysia Berhad orang ramai adalah pendorong kerana pacuan dan pembentukan perniagaan. 

MATRADE BAWA 22 SYARIKAT ICT MALAYSIA KE FILIPINA

Baru-baru ini, Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) dengan kerjasama Multimedia Development Corporation (MDeC) telah menganjurkan Misi Pemasaran Khusus (SMM) ke Manila, Filipina. Objektif utama adalah untuk meninjau potensi peluang kolaborasi antara di antara dua negara di dalam industri Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT).

BINA PANCAINDERA BERNIAGA

oleh: Nurman Zain

Menceburi bidang perniagaan bermakna anda merelakan diri anda untuk terjun ke dunia keusahawanan dan perniagaan yang serba mencabar. Di dunia ini, cabaran adalah asam garam dan rencah. Adakala perniagaan membuahkan hasil lumayan yang membuatkan anda tersenyum lebar. Ada masanya, situasi kewangan perniagaan membuatkan anda duka nestapa. Ini adalah norma orang berniaga. Namun, kita mempunyai pilihan menjalani kehidupan berniaga secara tenang.

IMAGO MALL CETUS REVOLUSI PERUNCITAN DI KOTA KINABALU

Imago Mall, gedung beli-belah empat tingkat dengan ruang niaga runcit bersih seluas kira-kira 800,000 kaki persegi dijangka mencetus revolusi dalam sektor beli-belah, riadah dan hiburan di ibu negeri Sabah, sekali gus melakar beberapa pencapaian sulung.

MAXIS SEDIA INTERNET FIBER YANG LEBIH LAJU

Maxis Berhad (Maxis), peneraju penyedia telekomunikasi bersepadu Malaysia, terus menerajui pasaran dalam menyediakan perkhidmatan internet yang pantas, paling mampu dan boleh dipercayai. Maxis kini menawarkan pelan 20Mbps dan 30Mbps untuk perkhidmatan Internet Fiber Kediaman supaya pelanggan boleh menikmati tawaran fiber yang hebat pada kelajuan yang lebih baik. Kelajuan ini membolehkan pengalaman dalam talian yang lebih pantas dan lebih dipercayai untuk muat turun, aplikasi masa sebenar dan permainan berbilang pengguna. Kediaman dengan pelbagai peranti juga boleh memanfaatkan akses yang lebih pantas dan kemudahan sambungan WiFi yang kukuh dan boleh dipercayai.

Isnin, Oktober 22, 2012

MENGENALI PELANGGAN DARI KACAMATA MAHATMA GHANDI

oleh: Khirzan Abd. Rahman
 

Pelanggan merupakan elemen yang penting dalam sesebuah perniagaan. Seseorang yang berhasrat untuk memulakan perniagaan sudah pasti mengenali siapakah pelanggan yang akan melanggan produk atau perkhidmatan yang disediakan. Semua telah maklum, pelangganlah yang menentukan keuntungan kepada sesebuah perniagaan. Namun begitu dalam kesibukan urusan harian, usahawan kadangkala alpa siapakah sebenarnya pelanggan itu kepada sesebuah perniagaan. Mahatma Ghandi mentarifkan pelanggan:

MULAKAN PERNIAGAAN DENGAN M.E.S.T.I

oleh: Shahida Shukor

Menjadi pakar dalam industri mengambil masa bertahun-tahun. Jika indutri otomatif, kejuruteraan atau perubatan, pastinya perlu mempelajari ilmu teknikal terlebih dahulu. Itu belum termasuk ilmu keusahawanan yang hanya boleh diperolehi hanya selepas berniaga bebeberapa tahun sebelum boleh diiktiraf sebagai pakar industri. Justeru, proses menjadi pakar industri, bermula dari hari pertama seseorang itu beriltizam untuk menjadi seorang usahawan.

MERAJAKAN PELANGGAN


oleh: Khirzan Abd. Rahman


Ramai yang pernah mendengar ungkapan “Pelanggan itu Raja” tetapi ramai pula usahawan yang terlupa mengamalkan apa yang dinyatakan dalam ungkapan ini dalam urusan harian perniagaan. Akibatnya pelanggan makin berkurangan dan lama kelamaan jika tidak dibendung usahawan akan menggulung tikar. Maka datanglah angapan-angapan berbunyi negatif seperti menuduh pihak-pihak tertentu mempunyai hasad dengki, takdir yang tidak baik dan sebagainya.